Wednesday, 7 December 2016

Ikhlas Itu.....

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum 

"Aku nak solat Dhuha tapi nanti lah tunggu ikhlas baru best"
"Aku nak berubah tapi takut tak Ikhlas"
"Aku nak bla bla bla tapi takut tak ikhlas"

Semuanya takut tak ikhlas ! hm hm

Sahabatku, itu semuanya hanyalah alasan yang kononnya ingin membenarkan salah silap yang kita lakukan. Let me tell you something. Ikhlas ni sangat susah untuk diperolehi tapi akan jadi sangat sangat senang jika awak, saya,mereka dan dia berusaha untuk mendapatkan 'ikhlas' itu. Ikhlas tak iklhas adalah perkara kedua yang awak perlu fikirkan. Apa yang penting is..... awak buat dahulu! yes, buat dahulu diiringi dengan istiqomah. Percayalah, bila awak istiqomah, keikhlasan itu akan datang dengan sendirinya dalam diri awak. Ini kenyataan bukan auta.

Ibarat,
Secawan air kopi yang berwarna masha Allah hitam pekat favourite orang ramai hikk. Satu hari, awak buat expriment nak tukarkan air kopi tersebut menjadi air mineral yang putih jernih. Lalu, awak titiskan satu dua titis air mineral kedalam air kopi tersebut. Namun, sayang beribu sayang, air kopi tersebut tetap kekal bewarna hitam. Awak tetap tak putus asa, awak titiskan lagi dan lagi air mineral kedalam air kopi tersebut. Lama kelamaan, air kopi tersebut bertukar menjadi air putih yang jernih. Nak tahu kenapa? Kerana air kopi yang berwarna hitam telah melimpah keluar dari cawan setelah cawan tersebut dikuasai oleh air mineral yang banyak. Maka ia bertukar menjadi warna putih. Yeayyy lalu awak tersenyum manis kerana misi awak berjaya! Tahniah Tahniah hehe

Itulah perumpaannya untuk mendapatkan ikhlas yang awak dan saya idam-idamkan. Cara untuk mendapatkan ikhlas ialah I.S.T.I.Q.O.M.A.H. 

Contahnya, 
Awak tekad untuk baca Al-Quran atleast 2page lepas solat maghrib, first day rasa biasa je. Second day, pun sama je. Awak istiqomah untuk teruskan amalan awak. Sampai satu tahap, bila awak tinggal amalan itu, awak rasa ya Allah beratnya nak tinggal, rasa bersalahnya tinggal, rasa tak lengkap hidup awak kerana awak dapat menikmati manisnya, tenangnya baca Al-Quran. Itulah Ikhlas 🙂

You'll never know if you don't try!
Let's striving for mardhatillah
May Allah ease us

Sekian sahaja, semoga kita jumpa lagi, Insha Allah 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,
Jazakillah kheir sudi membaca nukilan hati si pendosa.